﻿... ... ...
Nama anda Haikal, anda seorang jurugambar profesional untuk sebuah majalah yang terkenal. 
Bos anda mengarah anda untuk menyiasat mengenai sebuah rumah usang yang terletak jauh di luar bandar.
"Haikal nah nie alamatnya. Kita akan buat sebuah artikel mengenai sebuah rumah usang masa zaman sebelum perang jepun dulu. Saya nak awak ke sana ambil beberapa keping gambar kat rumah tu." 
"Baik, bos. Siapa lagi yang akan pergi bersama saya dalam tugasan nie?"
"Awak seorang saja, sebab Din dan Karim ada tugasan lain nak buat."
"Arr...tapi saya ada terdengar cerita pasal rumah usang tu. Ada sesuatu pelik sering berlaku kat rumah tu..."
"Jangan takut takda apa-apa. Awak ambik je gambar cepat-cepat lepas tu beredar dari situ sebelum senja. Saya akan bagi awak duit elaun kerja luar, taxi dan makan."
"Baiklah bos. Apa nak buat kerja tetap kerja."
[trans]
Anda bergegas keluar ofis tahan taxi dan suruh pemandu taxi bawa anda ke alamat rumah tersebut.
Dah berjam-jam anda berada dalam taxi tapi masih belum sampai jugak
jauh betul tempat nie ke taxi nie yang bergerak perlahan sangat hari dah nak petang.
[trans]
Setibanya anda kat rumah tu hari dah petang. 
Anda bagitau pemandu taxi supaya menunggu anda di luar pagar rumah itu.
Anda ambil semua perkakas anda dan terus berjalan laju menuju ke rumah itu. 
Rumah nie macam dah lama tinggal. 
Anda boleh tahu dengan melihat rumputnya yang panjang dan menjalar sehingga ke dinding rumah itu.
Pintu depan berkunci...
Anda cari jalan lain untuk masuk.
[trans]
Anda nampak ada satu pintu di sebelah tepi rumah tu. 
Mangga pintu tu nampak dah terbuka anda boleh masuk ikut sini. 
Tunggu dulu. 
Anda periksa kamera anda sekali lagi untuk pastikan ia berfungsi dengan baik.
Anda keluarkan kamera.
Ketika ini anda berasa degup jantung anda semakin laju... 
dan tangan anda mengeletar.
Tekan butang tengah berulang kali untuk tenangkan diri anda.
Anda berjaya! Tangan anda berhenti mengeletar untuk seketika.
Cepat anda cuma ada masa 10 saat untuk ambil gambar!
Tekan butang tengah bila pointer tepat pada ikon kamera.
Anda berjaya! Anda dapat ambil gambar. 
Semua bagus. Anda menarik nafas panjang dan masuk ke dalam rumah usang itu.
Bila anda buka pintu, anda nampak satu koridor panjang menuju ke pelbagai bilik. Ditengah-tengah tergantung satu lampu hiasan yang besar. Dalam rumah tu bersih betul seperti ada orang tinggal disitu.
Anda keluarkan kamera dan setkan kamera anda. Seketika anda terdengar suara samar-samar datang dari hujung koridor.
Anda mengangkat kamera anda untuk mengambil gambar. 
Tiba-tiba...
Selepas anda ternampak seperti lembaga terbang, anda tahu anda tak sepatutnya berada disini. Tapi anda perlu habiskan tugasan anda.
Anda sampai bilik yang pertama. Anda tengok ke dalam dan ia adalah ruang tamu yang gelap-gelita. Anda nampak tempat perapian tapi takda perabot. Tempat itu terasa seram seperti ada orang sedang memerhati anda.
Mesti ambil gambar bilik nie...
[trans]
Ketika anda toleh ke belakang, anda melihat perabot di salah satu sisi ruang tamu. 
Kerusi sofa, meja kopi, almari, kerusi semuanya tersusun aneh. 
Tiba-tiba lampu ternyala sendiri.
Anda merasa gelisah ketika anda melihat ke arah satu sudut.  
[trans]
Anda lari ke koridor dan masuk ke bilik lain. 
Lampu bilik itu menyala. 
Bilik itu bilik makan.
Anda nampak 4 cawan teh diatas meja. 
Ini nampak pelik betul... pelik sama sekali... 
[trans]
"Baiklah! ada satu lagi je bilik. "
"Saya akan naik atas masuk ke bilik tidur utama, ambil gambar dan lari sekuat hati keluar dari rumah nie." anda kata pada diri sendiri.  
Anda naik ke atas dan masuk ke dalam salah satu bilik.
Ini tentunya bilik utama.
Hari dah semakin gelap lebih baik aku cepat-cepat ambil gambar.
[trans]
Baiklah, kerja anda dah selesai!
Dah tiba masanya keluar dari tempat laknat nie. 
Bila anda pusing belakang menuju ke pintu... 
Anda rasa tubuh anda ditolak ke belakang oleh satu kuasa ghaib.   
[trans]
Dekat ofis...
bos anda memanggil telefon bimbit anda nak tahu sama ada anda dalam keadaan baik atau tidak.
[trans]
Anda dah selesaikan tugas anda, tapi...
Terima Kasih atas keberanian anda..
GAME ni tamat dan akan bersambung...
